Banduan Akhir | Hukuman mati masih kekal terhadap 1,342 banduan

2022-08-11 0

Moratorium pelaksanaan hukuman mati masih dikekalkan terhadap 1,342 banduan akhir sehingga tindakan susulan berkaitan pelaksanaan pemansuhan hukuman mati mandatori termasuk pindaan akta-akta berkaitan dilaksanakan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) dan Pejabat Peguam Negara akan mengkaji dan meneliti kebolehlaksanaan syor-syor dikemukakan jawatankuasa khas untuk 1,342 banduan akhir tersebut.

Free Traffic Exchange